Saturday, June 27, 2009

C.I.N.T.A


Mcm best je title kat atas kan??? (hehehehe) ari ni aku nak jiwang skit...
aku mula bercinta dengan serius ketika di PLKN... waktu ni best, aku terpaksa memilih antara 2 gadis. beza mereka berdua ni ialah, seorg aku cintai, seorg lagi meyintai aku... akhirnya aku pilih yg mana???(teka beb...hehehehe) inilah mungkin kesilapan terbesar dalam "karier" percintaan aku. tetapi bg aku ia bukan kesilapan, ia adalah pengalaman berharga dalam perjalanan aku untuk menjadi lebih dewasa. walaupun aku tewas, tapi aku bersyukur kerana dikurniakan rahmat itu(bukan semua org dapat awek beb...). kadang terpikir balik mcm org bodoh je lagak gaya time tu... hahahaha!
masuk matrikulasi, aku trus hanyut,... pelajaran x boleh kampoi,,, putus cinta lak... aduh... dah jatuh timpa tangga kena plak taik...(sedey...:(... ). akhirnya aku amik keputusan blah dari KML. dgn hati yg kecewa gila... aku pulang ke utara tanah air dan masuk uitm. bermula lah episod baru hidup aku yang aku harap lebih baik,,, tapi berakhir dengan tragis gak...

to be continued...
(to velaria florence francis... i'm still love you forever)

Saturday, June 20, 2009

Second stage bermula…

Perit rasa hati… cabaran demi cabaran datang. Tapi ia xkan memusnahkan semangatku yang aku bina sejak setahun yg lalu. Ketika tiada insan ingin mengambil tahu mengenai aku (kecuali family aku), ketika cacian dan hinaan dari rakan2 yg memandang sinis usaha aku (mentang2la diorg ada ijazah), ketika ada nada2 sinis dari ‘anti-ilyas’, aku tetap berdiri teguh. Biarlah mcm mana pun aku tetap berdiri disini dengan semangat dan keazaman untuk mencipta masa depan yg gemilang.


2nd stage mmg perit…
Aku terpaksa buat semuanya sendiri. Kali ni xda lagi bantuan dan dorongan. Dalam business ada jatuh bangun tetapi kenapa mereka tidak mahu mengerti. Malah mereka beranggapan aku x mampu berdiri sendiri. Apakah perniagaan setahun jagung mampu sudah mencipta kejayaan. Ia akan mengambil masa yg lama. aku perlu Bersaing dan mematangkan diri untuk mencapai kejayaan. Sekurang-kurangnya 3 tahun baru kukuh. Aku merayu bglah masa unuk aku buktikan dahulu. Jika aku gagal aku sanggup menerima hukuman penentang2 aku….

Wednesday, June 17, 2009

aku anak melayu...

terazone cc... my first Cybercafe

mulanya disini... setelah berbagai dugaan aku tempuh akhirnya tanggal 1 september 2008 cybercafe aku dibuka dgn rasminya.... kerja keras aku ngan partner business aku (khairil faizi) akhirnya membuahkan hasil. aku akan bekerja keras sehingga titisan darah terakhir untuk memajukan CC aku... (wah semangat je..) ini untuk masa depan aku. selama hari ni aku asyik memikirkan tentang benda yg tak sepatutnya seperti cinta (heheheheh), bola (fanatik Man utd nih... GLORY2!), duit (mintak kat mak abah), dan macam2 benda x berpekdah aku pk kan. skrg aku nak kedepan. menyediakan tapak yg kukuh untuk aku , isteri (insyaallah), anak2(lagila insyaalah)... kalau tak ada jodoh pun,aku nak sediakan kehidupan yg kukuh untuk anak angkat yg bakal aku amik... maybe dalam tahun 2011. yg penting aku mesti kuat... seperti mak aku selalu kata ' org takkan pandang kita kalau kita takda apa2'... mak, ampunkan anak mak ni sebab selalu buat mak risau dan sedih. kepada abah... anakmu ini tahu betapa kasihnya abah kepada diri anakmu ini... tetapi sifat seorg ayah tidak akan menunjukkan kasih sayangnya kepada anak2.. maafkan anakmu ini... jumpa lagi... :)

mula-mula dulu...



Tuesday, June 16, 2009

KENDURI AKAK AKU… LEPAS NI AKU KE??? OH TIDAK!!!!

20 apr 2009 safiah@peah@kakakku dah jadi bini org… Alhamdulillah la. Sekurangnya diorg nye ‘cintan’ selama nih dah sampai ke puncaknya. Aku ingat lagi abg ipar aku nih pernah jadi ‘tourist guide’ aku masa aku pi Sarawak tahun 2003. Yg lawaknya, aku yg tingkatan 4 lagi besar dari dia (aku yg besar atau dia yg kecik??… huhuhuhu). Best gak time tu coz kitorg meronda merata tempat. Abg ipar aku ngan gentlemannya belanja aku kat H2O… apa lagi bedal la… nasib baik aku ingat dunia kalau dak abis duit poket dia blanja aku makan (tp muka ala gelabah gak la tgk aku makan… hahahaha!) apapun dia dah selamat jadi abg ipar aku.
Kenduri di wat kat dewan IKM siap ada kugiran lagi… niat hati nak kenakan abg aku no 2… nak panggil dia nyanyi tapi kesian la plak… kang ilang semangat org baru bli kereta baru… CAMRY ooo…(dasat tu..). apalagi menayang sakan la camry dia… jadi kereta angkut pengantin… senyum memanjang je pengantin dapat naik camry… kesian yg sebelum2 ni,,, naik kembara je… huhuhuhu…. Pe2 pun tahniah kak PEAH ngan abg AD! Semoga bahagia sampai anak cucu….


yg baju putih pengantin baru... yg baju hijau tu pengantin lama...


camry kebanggaan abg aku.... hahahaaha


lapaq sungguh 'pengantin' nih...