Friday, July 24, 2009

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku


bait2 lagu sudirman ni amat menyentuh hati aku...

ari ni 23 julai genap umur ku 22 tahun... terima kasih mak dan abah kerana melahir dan membesarkan aku!!! wpun xda sapa yg wish kat aku, tapi aku tetap hepi... hepi sesangat... semalam aku rai sorang2~~~~ makan sate 10 cucuk ngan kek sepotong... huhuhuhuhuhuhu... aku tetap hepi... orang kata saat camni barulah kita bersyukur dengan birthday2 yg lepas... coz skurangnya time tu ada org wish dan bg hadiah...
skrg??? huhu... lonely~~~~ aku tetap hepi~~~

esok dah 24 julai, 26 ni kursus sampai 29... 30 aku akan jumpa awek aku... the last meeting before i let her go... hati ni rasa sayu sgt kenangkan nak lalui time tu... tapi aku kena kuat, coz kalau aku lemah dia akan lagi sedih... aku akan wat se cool yg mungkin... walau dalam hati aku hanya ALLAH yang tahu... aku kena act ngan baik... supaya dia percaya yg aku mmg nak tinggalkan dia... aku terpaksa sayangku... percayalah... mana mungkin aku memisahkan kau dari keluarga yang telah membesarkan mu, memberi pendidikan kepadamu sehingga kau jadi seperti sekarang... siapalah aku yang baru datang beberapa detik dalam hidup mu untuk memisahkanmu dengan mereka... yang telah berpuluh tahun berjasa padamu... biarlah aku dianggap jahat... aku terima...~~~

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna kau telah tahu
Kau bukan milikku...
Sayang....
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi...


aku tak tahu nak tulis apa lagi... aku doakan semua orang bahagia terutamanya kwn aku, family aku... sesungguhnya aku syg korang... sgt2 sayang...

Thursday, July 9, 2009

AUSTRALIA AIRWAYS


INDIA AIRWAYS


CANADA AIRWAYS


CHINA AIRWAYS


AIR ASIA...HUHUHUHUHUHU

KES ROGOL!!!!







MMG ROCK AWEK NI... BAKAL JADI WRESTLER NANTI...

life is hard...

huh!lama gak tgl wa punya blog... ada sorg mamat nih kata post aku yg lepas jiwang... tak kisah r... blog kan mcm diari... tempat kita nak luahkan apa yg kita rasa. hehehehehee... ttg jiwang tu maybe la kot... tapi dah kurang la... coz aku lebih pikir about my future (kecuali kawin...xda dlm list). 2 minggu ni amat memenatkan bagi aku. pekerja aku berhenti untuk sambung belajar dan aku terpaksa uruskan pembukaan second cybercafe aku. sgt penat (huhuhuhuhuhuhuhu!!!). kalau dulu ada faizi skrg semua aku kna wat sorg. tu lagi tambah serabut pala otak aku. kadang2 aku terpikir gak, sia2 aku ajar dia dari ZERO sampai pandai (well tgk cikgu r,,, hahahahaha!!). last2 dia blah camtu jer. tapi bak kata org "tak baik kedekut ilmu"... so aku halalkan semuanya. yg tambah memeningkan aku, skill aku mcm makin slow. dulu aku leh pasang siap satu pc dalam 5 ke 10 minit je... but now,,, huhuhuhu! almost half and hour???!! adusss!! apa dah jadi??? adakah teknologi makin canggih atau aku yg makin blurrrr?? ntahla... mgu ni gak amat memeritkan bg aku... aku nekad korbankan kasih syg aku... sebabnya??? aku ja yg tau...


to my love: i let you go not becoz i don't love you... but to give you a chance finding someone else who can protect you more than i could be... i know it is hard, but believe me, when the time passes and you find your true love, you will be able to forget me... just keep trying... i know you can do it...

Saturday, June 27, 2009

C.I.N.T.A


Mcm best je title kat atas kan??? (hehehehe) ari ni aku nak jiwang skit...
aku mula bercinta dengan serius ketika di PLKN... waktu ni best, aku terpaksa memilih antara 2 gadis. beza mereka berdua ni ialah, seorg aku cintai, seorg lagi meyintai aku... akhirnya aku pilih yg mana???(teka beb...hehehehe) inilah mungkin kesilapan terbesar dalam "karier" percintaan aku. tetapi bg aku ia bukan kesilapan, ia adalah pengalaman berharga dalam perjalanan aku untuk menjadi lebih dewasa. walaupun aku tewas, tapi aku bersyukur kerana dikurniakan rahmat itu(bukan semua org dapat awek beb...). kadang terpikir balik mcm org bodoh je lagak gaya time tu... hahahaha!
masuk matrikulasi, aku trus hanyut,... pelajaran x boleh kampoi,,, putus cinta lak... aduh... dah jatuh timpa tangga kena plak taik...(sedey...:(... ). akhirnya aku amik keputusan blah dari KML. dgn hati yg kecewa gila... aku pulang ke utara tanah air dan masuk uitm. bermula lah episod baru hidup aku yang aku harap lebih baik,,, tapi berakhir dengan tragis gak...

to be continued...
(to velaria florence francis... i'm still love you forever)

Saturday, June 20, 2009

Second stage bermula…

Perit rasa hati… cabaran demi cabaran datang. Tapi ia xkan memusnahkan semangatku yang aku bina sejak setahun yg lalu. Ketika tiada insan ingin mengambil tahu mengenai aku (kecuali family aku), ketika cacian dan hinaan dari rakan2 yg memandang sinis usaha aku (mentang2la diorg ada ijazah), ketika ada nada2 sinis dari ‘anti-ilyas’, aku tetap berdiri teguh. Biarlah mcm mana pun aku tetap berdiri disini dengan semangat dan keazaman untuk mencipta masa depan yg gemilang.


2nd stage mmg perit…
Aku terpaksa buat semuanya sendiri. Kali ni xda lagi bantuan dan dorongan. Dalam business ada jatuh bangun tetapi kenapa mereka tidak mahu mengerti. Malah mereka beranggapan aku x mampu berdiri sendiri. Apakah perniagaan setahun jagung mampu sudah mencipta kejayaan. Ia akan mengambil masa yg lama. aku perlu Bersaing dan mematangkan diri untuk mencapai kejayaan. Sekurang-kurangnya 3 tahun baru kukuh. Aku merayu bglah masa unuk aku buktikan dahulu. Jika aku gagal aku sanggup menerima hukuman penentang2 aku….

Wednesday, June 17, 2009

aku anak melayu...

terazone cc... my first Cybercafe

mulanya disini... setelah berbagai dugaan aku tempuh akhirnya tanggal 1 september 2008 cybercafe aku dibuka dgn rasminya.... kerja keras aku ngan partner business aku (khairil faizi) akhirnya membuahkan hasil. aku akan bekerja keras sehingga titisan darah terakhir untuk memajukan CC aku... (wah semangat je..) ini untuk masa depan aku. selama hari ni aku asyik memikirkan tentang benda yg tak sepatutnya seperti cinta (heheheheh), bola (fanatik Man utd nih... GLORY2!), duit (mintak kat mak abah), dan macam2 benda x berpekdah aku pk kan. skrg aku nak kedepan. menyediakan tapak yg kukuh untuk aku , isteri (insyaallah), anak2(lagila insyaalah)... kalau tak ada jodoh pun,aku nak sediakan kehidupan yg kukuh untuk anak angkat yg bakal aku amik... maybe dalam tahun 2011. yg penting aku mesti kuat... seperti mak aku selalu kata ' org takkan pandang kita kalau kita takda apa2'... mak, ampunkan anak mak ni sebab selalu buat mak risau dan sedih. kepada abah... anakmu ini tahu betapa kasihnya abah kepada diri anakmu ini... tetapi sifat seorg ayah tidak akan menunjukkan kasih sayangnya kepada anak2.. maafkan anakmu ini... jumpa lagi... :)

mula-mula dulu...



Tuesday, June 16, 2009

KENDURI AKAK AKU… LEPAS NI AKU KE??? OH TIDAK!!!!

20 apr 2009 safiah@peah@kakakku dah jadi bini org… Alhamdulillah la. Sekurangnya diorg nye ‘cintan’ selama nih dah sampai ke puncaknya. Aku ingat lagi abg ipar aku nih pernah jadi ‘tourist guide’ aku masa aku pi Sarawak tahun 2003. Yg lawaknya, aku yg tingkatan 4 lagi besar dari dia (aku yg besar atau dia yg kecik??… huhuhuhu). Best gak time tu coz kitorg meronda merata tempat. Abg ipar aku ngan gentlemannya belanja aku kat H2O… apa lagi bedal la… nasib baik aku ingat dunia kalau dak abis duit poket dia blanja aku makan (tp muka ala gelabah gak la tgk aku makan… hahahaha!) apapun dia dah selamat jadi abg ipar aku.
Kenduri di wat kat dewan IKM siap ada kugiran lagi… niat hati nak kenakan abg aku no 2… nak panggil dia nyanyi tapi kesian la plak… kang ilang semangat org baru bli kereta baru… CAMRY ooo…(dasat tu..). apalagi menayang sakan la camry dia… jadi kereta angkut pengantin… senyum memanjang je pengantin dapat naik camry… kesian yg sebelum2 ni,,, naik kembara je… huhuhuhu…. Pe2 pun tahniah kak PEAH ngan abg AD! Semoga bahagia sampai anak cucu….


yg baju putih pengantin baru... yg baju hijau tu pengantin lama...


camry kebanggaan abg aku.... hahahaaha


lapaq sungguh 'pengantin' nih...

Friday, May 29, 2009

cara untuk format komputer...

1... selepas menyelesaikan boot sequence(post terdahulu). sila tekan F10 untuk save.
2... pastikan anda telah memasukkan cd/dvd windows xp atau vista sebelum melakukan tindakan diatas.
3... biarkan komputer anda restart.
4. apabila paparan skrin menunjukkan pernyataan seperti dibawah

tekan ENTER
5. biarkan pc anda mengupload semua information dari pc anda.
6. apabila keluar paparan ini...


tekan D untuk delete partition.(hanya delete partition yg mengandungi system windows terdahulu sahaja)
kemudian tekan C untuk membuat semula partition.

makesure anda pilih format menggunakan NTFS.



tgu sehingga pc anda restart sendiri... to be continued

starting to teach all beginners... free je




Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:

1. Hard Disk
2. Disket
3. CD-ROM

Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.
1. CD-ROM
2. Hard Disk
3. disable je

Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.

Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.


Wednesday, May 27, 2009

promosi










PAKEJ SUPER

SAMSUNG LCD 19”

HARD DISK 160 GB WESTERN DIGITAL/SAMSUNG

RAM 2GB DDR2

MOTHERBOARD GIGABYTE SOCKET AM2

AMD ATHLON X2 DUAL CORE 5000+

DVD RW 20 X

RM 1500.00




berminat boleh email sy di king_malaya87@yahoo.com atau menghubungi sy di talian 0134594711
bagi tempahan dari laur perlis dan kedah caj pengiriman akan dikenakan